background

link warna warni

Thursday 22 November 2012

Contest I Choose To Wear Hijab



haii uolls..lama x hupdate blog..dh bersawang dh blog nih..diharap hampa semua berada dalam  keadaan sihat hendakNya. btw cheq nk join 1 contest yang dianjurkan oleh tuan blog "SALWA". tajuk contest tuh
 " CONTEST I CHOOSE TO WEAR HIJAB " . contest ni simple je bak hang , cheq rasa nk try join sebabnye contest nih melibatkan Hijab & gurl . :)

sape2 nak join contest ni >>TONYOH SINI<<


ni gambaq cheq utk dipertaruhkan dalam contest nih. :)


expired date : 7 Disember 2012

nota : jom la ramai2 join. hadiah  lumayan beb !! .menang ,kalah belakang kira , peace !!!    :)







Monday 4 June 2012

MANFAAT BUAH DELIMA UNTUK KESIHATAN DAN KECANTIKAN




Mungkin sebahagian orang masih merasa asing dengan buah delima . Buah ini berbentuk bulat dan berwarna merah ,tapi tahu kah anda bahawa buah ini ternyata memiliki banyak manfaat untuk kecantikan kerana buah ini sering di gunakan untuk bahan perubatan produk perawatan kulit seperti body lotion ,pelembab kulit dan body wash .




selain di gunakan untuk bahan perbuat produk kecantikan Buah ini banyak memiliki manfaat untuk kesihatan , dibawah ini adalah kandungan vitamin yang terdapat di dalam buah delima :-
                                                   
~ kalium
~ zat besi
~ asam folat 
~ vitamin C
~ vitamin A
~ vitamin E
~ niasin
~ serat


   begitu banyak kandungan vitamin yang terdapat di dalam buah ini ,dibawah ini saya memberi penjelasan tentang manfaat buah delima 

Manfaat buah delima untuk kesihatan :-

* buah delima dapat berguna sebagai anti kanser kerana buah ini mengandungi zat yang dapat membunuh sel-sel  kanser prostat

* jika di konsumsi secara runtin buah ini dapat berguna untuk kesihatan jantung dan perlindungan arthritis

* buah ini dapat berguna sebagai anti oksigen yang dapat melawan radikal bebas yang ada di dalam tubuh kita 

*jika anda yang mempunyai masalah kolestrol saya sarankan untuk rutin mengkonsumsi buah ini kerana kandungan vitamin yang ada didalamnya dapat membantu menurunkan kadar kolesterol.       

      
                                                            

Saturday 19 May 2012

MANISKAH WAJAH KAMU ...










Maniskanlah wajah kita kepada sesiapa sahaja ,nescaya kita akan mendapatkan cinta kasih mereka .Haluskan tuturkata kita,pasti mereka akan mencintai kita .Tawaduk 
terhadap mereka , pasti mereka akan menghormati kita...

tak susah pon nak senyum ...gerak sedikit otot2 dimuka tu jer ...hehehe
tapi ada sesetengah orang susah sangatlah nak buat .
tak susah pun nak berbudi bahasa , hanya berfikir sebelum bercakap ,elakkan diri dari menuturkan bahasa yang kasar, betulkan intonasi suara ,keluarkan ayat 2 yang sedap didengar ...

padahal ,bila kita senyum ,orang pun suka pandang muka kita ,orang pun senang nak berinteraksi dengan kita .orang nak tegur pun tak segan .Berbanding dengan muka 'ketat',
orang yang nak tegur pun tak jadi tegur. cuba senyum macam nie mesti orang suka ^_^
(♪‿♪), (♥‿♥)
                                                      

Monday 30 April 2012

CARA MEMBUAT GIGI KUNING MENJADI PUTIH .












Cara-cara nak bagi gigi yang kuning menjadi putih semula:-

1. Arang Kayu

Sebenarnya arang kayu juga sangat bagus untuk membersihkan kesan kuning pada gigi, namun bahan ini berbahaya kerana boleh merosakkan enamel secara kekal dan menimbulkan rasa sakit pada gigi. Oleh itu, anda sebaiknya tidak mencuba cara ini.



2. Lemon dan Garam







Anda boleh mendapatkan gigi putih cemerlang dengan menggunakan ubat gigi sendiri yang dihasilkan dari beberapa titisan jus lemon yang telah dicampur dengan sejumput garam dapur. Aplikasikan ia ke gigi dan gosok secara lembut seperti ketika anda sedang memberus gigi. Ini akan membantu menghilangkan kesan karat pada permukaan gigi.

3. Kulit Limau


Gosok gigi dengan menggunakan bahagian dalam kulit limau. Kulit limau mengandungi unsur pemutih yang sangat lembut, yang akan membantu menghilangkan kesan karat pada gigitanpa membahayakan lapisan enamel gigi.


4. Daun Kari
Ambil enam helai daun kari, lalu dijemur di bawah terik matahari hingga kering dan rangup. Kisarkeenam helai daun kari tersebut, setelah itu tambah kulit limau serbuk. Gosok campuran ini ke gigi setiap hari, maka nescaya dalam dua minggu anda akan mendapatkan gigi yang putih semulajadi.
5. Strawberi
 Strawberi bukan sekadar buah yang enak untuk dinikmati. Selain kaya vitamin C, strawberi juga dikenali mempunyai khasiat untuk membersihkan gigi. Walaupun rasanya manis, strawberi tidak berbahaya bagi kesihatan gigi. Sebaliknya, buah ini boleh membantu menghilangkan kesan karatpada gigi dan membuatkan gigi menjadi putih berseri.
6. Ekstrak Epal dan Cuka Putih



Ekstrak buah epal dan cuka putih juga sangat berkesan menghilangkan kesan karat pada gigi, kerana kedua-duanya mengandungi unsur pemutih yang membantu menghilangkan kotoran dengan cepat. Akan tetapi kedua-dua bahan ini sifatnya sangat keras, sehingga penggunaan secara harian akan menimbulkan kerosakan pada lapisan enamel. Selain itu, rasanya juga sangat pahit.






                                                       

Saturday 28 April 2012

KENALI KHASIAT ALOE VERA










Nama Tempatan: Lidah buaya
Nama Saintifik: Aloe Vera Linn.
Nama Lain: jadam(melayu), crocodile tounge(english), salvia(sepanyol) dan lu hui (cina)
Lokasi dijumpai: Seluruh dunia
Asal: Afrika Utara


Keterangan:
Aloe vera atau lidah buaya atau nama saintifiknya Aloe Vera Linn dikenali juga dengan nama lily of the desert,plant of immortality dan tumbuhan berubat.


Nama aloe berasal dari perkataan arab (alloeh) yang bermaksud pahit. Pada tahun 1500 sebelum masehi, orang-orang mesir telah mula menggunakan aloe vera untuk mengubat kelecuran akibat terbakar, jangkitan kuman dan serangan parasit.
Aloe vera mudah ditemui di seluruh dunia dan pada semua iklim. Terdapat lebih dari 500 jenis aloe vera.


Aloe vera mengandungi 96% kandungan air dan selebihnya adalah minyak pati, asid amino, mineral, vitamin, enzim dan glikoprotein.Aloe vera banyak ditanam kini sebagai tumbuhan hiasan didalam pasu.Daunnya tajam dan berbentuk taji dengan duri disekeliling daunnya. Panjang daunnya boleh mencapai antara 15-20 cm panjang.
Aloe vera juga mempunyai bunga yang berwarna kuning kemerahan. Tumbuhan ini dikatakan berasal dari Afrika Utara. Aloe Vera membiak dengan cara pembahagian anak.







Kandungan di dalam pokok lidah buaya:-

1. Air
2. 20 mineral
3. 12 vitamin
4. 18 asid amino
5. 200 phytonutrien
6. Enzim
7. Triterpen (phytonutrien yang mengurangkan gula dalam darah)
8. Glyconutrien & glycoprotein
9. Polisakaraid
10. Acemann, mannose-6-fosfat polimannan
11. Fenolik glikosid
12. Dihidrokomarin



Pokok Aloe Vera memang dijadikan Tuhan untuk memerangkap air dan menyimpannya di dalam "tangki" yang besar pada daunnya yang keras dengan kulit yang tebal. Air yang terkumpul diubah kepada bentuk jeli. Jeli inilah yang memberikan khasiat pengubatan untuk kegunaan manusia. Apabila daunnya dikerat, dalam masa beberapa jam, jeli ini akan bertindak membaluti bahagian yang dikerat dengan sendirinya. Maka bahagian jeli yang terdedah tadi akan terlindung dari seranganbakteria.Begitulah ia bertindak untuk memelihara kulit manusia apabila terluka.


Kegunaan:-
Pengamal perubatan moden mula menggunakan aloe vera semenjak tahun 1930 an.Bahagian yang digunakan adalah daunnya. Ia banyak digunakan untuk mengubat colitis dan ulcer peptic.


Ia juga digunakan sebagai makanan tambahan yang boleh membantu penghadaman, melancarkan perjalanan darah, juga untuk meningkatkan kecekapan buah pinggang, pundi kencing dan hati.
Ia juga mengandungi sekurang-kurangnya 3 asid lemak yang berguna untuk perut, usus kecil dan usus besar. Sifatnya yang beralkali juga dapat membantu mengurangkan masalah asid berlebihan dalam badan yang juga merupakan punca utama masalah sukar menghadamkan makanan.


Ia boleh menolong melancarkan dan membersihkan salur makanan(salur penghadaman).Satu bahan yang baru ditemui dalam aloe vera ialah acemannan dan ia sedang dikaji kerana potensinya yang dipercayai dapat menguatkan ketahanan semulajadi badan.Bahan ini dapat menjanakan pengeluaran T-limfosit yang membantu sistem pertahanan badan.


Untuk kegunaan dirumah pula, gel yang diekstrak dari daun lidah buaya boleh gunakan jika bahagian badan melecur, melepuh atau bangkat. Ia boleh digunakan ketika demam untuk menurunkan suhu badan dengan cara menyapu gelnya pada kepala , dahi dan pelipis.


Lidah buaya juga membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka.Ia juga mengurangkan gatal-gatal akibat dari gigitan serangga.
Untuk penggunakan kecantikan gel dari daunnya boleh membantu mencegah jerawat dan menegangkan kulit muka.


Ia juga menambahkan kelembapan pada muka, merawat sunburn dan masalah kerengsaan kulit. Ia juga digunakan untuk melebat dan menyuburkan rambut ia boleh digunakan secara terus. Untuk membuat jusnya, kupas bahagian luar daun dan blend hingga hancur, campurkan sedikit air.


Faedah yang boleh diperolehi daripada Aloe Vera:-

1. Menghentikan pertumbuhan tumor
2. Merendahkan kadar kolesterol
3. Memperbaiki sel darah
4. Menambah oksigen di dalam darah
5. Menghalang penyakit kidney stone dan kesan kafein dari kopi dan teh
6. Memberi keseimbangan asid/alkali di dalam badan
7. Menyembuhkan penyakit ulser dan sistem penghadaman
8. Mengurangkan tekanan darah tinggi dengan merawat punca, bukan hanya 
    simptom
9. Menambah mineral, vitamin, enzim dan nutrien di dalam badan
10. Mempercepatkan sembuh dari kesan melecur, terbakar
11. Merawat luka sehingga tidak meninggalkan parut
12. Menggantikan first aid kit (peti pertolongan cemas), berfungsi sebagai         
      pembalut luka kerana ia bersifat anti -bakteria.
13. Menghentikan kanser kolon
14. Sebagai pelincir salur perkumuhan
15. Menghilangkan buasir
16. Meneutralkan gula di dalam darah
17. Memelihara buah pinggang dari penyakit
18. Menghalang jangkitan
19. Memberi keseimbangan elektrolit seperti minuman tenaga
20. Memelihara muka, kulit dan membaiki sel yang rosak
21. Menguatkan ketahanan badan (sistem imunisasi)







































































Thursday 26 April 2012

4 WAKTU TERBAIK MINUM AIR MASAK






Dah jadi lumrah manusia,bila haus ,mesti air yang dicarinya . tak kiralah air sejuk ke air suam ,semuanya boleh .janji ianya bersih dan dapat membasahi tekak masing 2 .tapi, sebaik-baiknya biarlah AIR MASAK yang boleh menjadi pilihan utama .

Kenapa air masak ??? 

Air masak ni akan memelihara kesihatan tubuh ,melancarkan sistem metabolisme tubuh serta membantu mengurangkan berat badan kita ....

Sebabnya,bila air dalam badan kita mencukupi ,ia sekaligus dapat membakar kalori dalam tubuh .kan bagus begitu....

Memang nikmat tak terkata bila dapat air ketika ini .Begitu juga kalau kita tersedu mahupun tercekik ,kan???
Bilakah 4 waktu terbaik untuk minum air masak selain ketika kita haus .

# 1 sebelum tidur 

Minum segelas air masak sebelum tidur . tujuan nya bagi mengelakkan kita terkena serangan jantung dan juga strok.

Dimana kedua-dua penyakit di atas merupakan punca kematian terbanyak yang di catatkan di malaysia .
#2 bangun tidur .

Minum lah 2 gelas air masak bagi mengaktifkan organ dalaman kita .
#3 sebelum mandi 

Ada baiknya minum segelas air masak waktu ni.dapat melancarkan perjalanan darah serta mengurangkan 
tekanan darah kita .
# 4 sebelum makan 

30 minit sebelum makan ,eloklah minum dulu segelas air masak .Amalan sebegini didapati embantu sistem penghadaman . Dimanakah perut kita lebih bersedia untuk menerima makanan . Perut tidak jadi terkejut oleh nya !!!

Alhamdulliah....sekarang anda dah tahu waktu yang baik untuk mium air masak ,kan ???Akhir kata,jangan lupa amalkanya yaa!!!hehehhee

~sayang Allah ~rindu Allah ~cinta Allah.


Thursday 29 March 2012

My First Blogging :)

assalamualaikum....
haii i'm a new blog
1st time wat blog..cm best gk..tp x tahu pape ag :(
just nk try wat ..hehe
harap sesiapa dpt memberikn tunjuk ajar


say haiii to uolss...:)