Nama Tempatan: Lidah buaya
Nama Saintifik: Aloe Vera Linn.
Nama Lain: jadam(melayu), crocodile
tounge(english), salvia(sepanyol) dan lu hui (cina)
Lokasi dijumpai: Seluruh dunia
Asal: Afrika Utara
Keterangan:
Aloe vera atau
lidah buaya atau nama saintifiknya Aloe Vera Linn dikenali juga dengan nama
lily of the desert,plant of immortality dan tumbuhan berubat.
Nama aloe berasal
dari perkataan arab (alloeh) yang bermaksud pahit. Pada tahun 1500 sebelum
masehi, orang-orang mesir telah mula menggunakan aloe vera untuk mengubat
kelecuran akibat terbakar, jangkitan kuman dan serangan parasit.
Aloe vera mudah
ditemui di seluruh dunia dan pada semua iklim. Terdapat lebih dari 500 jenis
aloe vera.
Aloe vera
mengandungi 96% kandungan air dan selebihnya adalah minyak pati, asid amino,
mineral, vitamin, enzim dan glikoprotein.Aloe vera banyak ditanam kini sebagai
tumbuhan hiasan didalam pasu.Daunnya tajam dan berbentuk taji dengan duri
disekeliling daunnya. Panjang daunnya boleh mencapai antara 15-20 cm panjang.
Aloe vera juga
mempunyai bunga yang berwarna kuning kemerahan. Tumbuhan ini dikatakan berasal
dari Afrika Utara. Aloe Vera membiak dengan cara pembahagian anak.
Kandungan di dalam
pokok lidah buaya:-
1. Air
2. 20 mineral
3. 12 vitamin
4. 18 asid amino
5. 200 phytonutrien
6. Enzim
7. Triterpen
(phytonutrien yang mengurangkan gula dalam darah)
8. Glyconutrien
& glycoprotein
9. Polisakaraid
10. Acemann,
mannose-6-fosfat polimannan
11. Fenolik
glikosid
12. Dihidrokomarin
Pokok Aloe Vera
memang dijadikan Tuhan untuk memerangkap air dan menyimpannya di dalam
"tangki" yang besar pada daunnya yang keras dengan kulit yang tebal.
Air yang terkumpul diubah kepada bentuk jeli. Jeli inilah yang memberikan
khasiat pengubatan untuk kegunaan manusia. Apabila daunnya dikerat, dalam masa
beberapa jam, jeli ini akan bertindak membaluti bahagian yang dikerat dengan
sendirinya. Maka bahagian jeli yang terdedah tadi akan terlindung dari
seranganbakteria.Begitulah ia bertindak untuk memelihara kulit manusia apabila
terluka.
Kegunaan:-
Pengamal perubatan moden mula menggunakan aloe vera
semenjak tahun 1930 an.Bahagian yang digunakan adalah daunnya. Ia banyak
digunakan untuk mengubat colitis dan ulcer peptic.
Ia juga digunakan sebagai makanan tambahan yang
boleh membantu penghadaman, melancarkan perjalanan darah, juga untuk
meningkatkan kecekapan buah pinggang, pundi kencing dan hati.
Ia juga mengandungi sekurang-kurangnya 3 asid lemak
yang berguna untuk perut, usus kecil dan usus besar. Sifatnya yang beralkali
juga dapat membantu mengurangkan masalah asid berlebihan dalam badan yang juga
merupakan punca utama masalah sukar menghadamkan makanan.
Ia boleh menolong melancarkan dan membersihkan
salur makanan(salur penghadaman).Satu bahan yang baru ditemui dalam aloe vera
ialah acemannan dan ia sedang dikaji kerana potensinya yang dipercayai dapat
menguatkan ketahanan semulajadi badan.Bahan ini dapat menjanakan pengeluaran
T-limfosit yang membantu sistem pertahanan badan.
Untuk kegunaan dirumah pula, gel yang diekstrak
dari daun lidah buaya boleh gunakan jika bahagian badan melecur, melepuh atau
bangkat. Ia boleh digunakan ketika demam untuk menurunkan suhu badan dengan
cara menyapu gelnya pada kepala , dahi dan pelipis.
Lidah buaya juga membantu mempercepatkan proses
penyembuhan luka.Ia juga mengurangkan gatal-gatal akibat dari gigitan serangga.
Untuk penggunakan kecantikan gel dari daunnya boleh
membantu mencegah jerawat dan menegangkan kulit muka.
Ia juga menambahkan kelembapan pada muka, merawat
sunburn dan masalah kerengsaan kulit. Ia juga digunakan untuk melebat dan
menyuburkan rambut ia boleh digunakan secara terus. Untuk membuat jusnya, kupas
bahagian luar daun dan blend hingga hancur, campurkan sedikit air.
Faedah yang boleh
diperolehi daripada Aloe Vera:-
1. Menghentikan
pertumbuhan tumor
2. Merendahkan
kadar kolesterol
3. Memperbaiki sel
darah
4. Menambah oksigen
di dalam darah
5. Menghalang
penyakit kidney stone dan kesan kafein dari kopi dan teh
6. Memberi
keseimbangan asid/alkali di dalam badan
7. Menyembuhkan
penyakit ulser dan sistem penghadaman
8. Mengurangkan
tekanan darah tinggi dengan merawat punca, bukan hanya
simptom
9. Menambah
mineral, vitamin, enzim dan nutrien di dalam badan
10. Mempercepatkan
sembuh dari kesan melecur, terbakar
11. Merawat luka
sehingga tidak meninggalkan parut
12. Menggantikan
first aid kit (peti pertolongan cemas), berfungsi sebagai
pembalut luka kerana ia bersifat anti -bakteria.
13. Menghentikan
kanser kolon
14. Sebagai
pelincir salur perkumuhan
15. Menghilangkan
buasir
16. Meneutralkan
gula di dalam darah
17. Memelihara buah
pinggang dari penyakit
18. Menghalang
jangkitan
19. Memberi
keseimbangan elektrolit seperti minuman tenaga
20. Memelihara
muka, kulit dan membaiki sel yang rosak
21. Menguatkan ketahanan
badan (sistem imunisasi)